PENJUALAN PAKEJ / PRODUK REHLAH

  • Setiap pengurus dibekalkan dengan kit penjualan untuk memudahkan pengurus membuat penjualan pakej / produk REHLAH di setiap platform yang sesuai.

JEMAAH MEMBUAT PILIHAN PAKEJ & TARIKH YANG DIKEHENDAKI

  • Jemaah perlu menetapkan pakej, tarikh dan jenis bilik yang dikehendaki dan pengurus perlu mendapatkan maklumat ringkas bagi setiap jemaah seperti:

    NAMA JEMAAH:
    NO TELEFON:
    ALAMAT RUMAH:
    NO KAD PENGENALAN:
    PAKEJ / BULAN / BILIK:

PEMBAYARAN DEPOSIT

  • Segala pembayaran adalah kepada akaun syarikat REHLAH INTERNATIONAL TRAVEL & TOURS SDN BHD dan pengurus dilarang sama sekali menggunakan akaun persendirian.
  • Sekiranya syarikat mendapati pengurus menggunakan akaun persendirian bagi urusan pembayaran, tindakan akan diambil kepada pengurus.
  • Deposit minimum adalah sebanyak RM500 / pax.

    Akaun syarikat:
    MAYBANK 5645 4815 2277
    REHLAH INTERNATIONAL TRAVEL & TOURS SDN BHD

BERI BUKTI PEMBAYARAN KEPADA ADMIN

  • Pengurus perlu beri bukti pembayaran daripada jemaah kepada admin untuk pengeluaran resit.

PENGELUARAN RESIT DEPOSIT

  • Admin akan mengeluarkan resit pembayaran deposit dan pengurus perlu memberikan resit tersebut kepada jemaah.

BORANG PENDAFTARAN & SENARAI SEMAK

  • Pengurus perlu memberikan borang pendaftaran dan senarai semak dokumen yang diperlukan kepada jemaah. Borang dan senarai semak boleh didapati di dalam kit penjualan yang disediakan.

MENGINGATI JEMAAH UNTUK MENGHANTAR BORANG DAN DOKUMEN

  • Bakal jemaah PERLU menyerahkan semua dokumen sama ada secara pos atau serahan tangan kepada REHLAH INTERNATIONAL TRAVEL & TOURS SDN BHD sekurang-kurangnya 60 hari sebelum penerbangan dan kos pengeposan adalah ditanggung oleh jemaah.
  • Jemaah yang tiada passport semasa mengisi borabg boleh menghantar passport sahaja sekuran-kurangnya 30 hari sebelum penerbangan. Kelewatan memberi passport boleh mengakibatkan kelewatan pengeluaran visa.

    Alamat pejabat:
    REHLAH INTERNATIONAL TRAVEL & TOURS SDN BHD
    NO 17-2, JALAN 3/76D, DESA PANDAN
    55100 KUALA LUMPUR
    No tel: +6019 334 8397
    Emel: rehlahinternational@gmail.com

PEMBAYARAN SETERUSNYA

  • Pengurus perlu beri setiap bukti pembayaran daripada jemaah kepada admin untuk pengeluaran resit.
  • Jemaah boleh membuat pembayaran secara terus atau ansuran sehingga 60 hari sebelum tarikh penerbangan.

PENGELUARAN RESIT PEMBAYARAN / INVOIS

  • Admin akan mengeluarkan resit pembayaran / invois dan pengurus perlu memberikan resit / invois tersebut kepada jemaah.

PEMBERIAN ITEM PERCUMA

  • Jemaah akan diberikan cenderahati percuma (bagasi 24kg, bagasi 20kg, beg silang, beg kasut) (tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa) sama ada melalui serahan tangan atau pos ke alamat rumah jemaah bagi yang tinggal di luar KL / Selangor sahaja dan kos penghantaran adalah ditanggung sepenuhnya oleh jemaah.