PENGELOLA JEMAAH HAJI 1448H / 2027M

Pakej Haji Ajwa

Keselesaan yang lengkap untuk perjalanan Haji yang tenang.

Perjalanan ibadah 40 – 45 hari dengan penginapan strategik, bimbingan Haji dan pengurusan jemaah oleh REHLAH International Travel & Tours.

NO. LESEN HAJI : PJH 28/1448H   |   KPN / LN : 9703
Harga Pakej Haji 1448H / 2027M telah diumumkan.
Lihat harga mengikut pilihan bilik di bawah atau baca pengumuman rasmi.

Kenali Pakej Ajwa

REHLAH menyusun perjalanan dari persediaan di tanah air sehingga pulang, dengan bimbingan ibadah dan sokongan petugas sepanjang operasi Haji. Tempoh, jadual dan pergerakan akhir tertakluk kepada ketetapan Tabung Haji serta pihak berkaitan.

Tempoh40 – 45 hari

Anggaran perjalanan Haji 1448H / 2027M.

BimbinganManasik Haji

Kursus intensif sebelum berangkat dan ulang kaji ibadah di Tanah Suci.

PergerakanHaramain

Tren laju Makkah ke Madinah, tertakluk kepada aturan operasi.

Ustaz Haji Ismail bin Mat Ali

BIMBINGAN IBADAH HAJI

Ustaz Haji Ismail bin Mat Ali

Ketua Pembimbing Utama Ibadah Haji
1448H / 2027M

Tauliah Tabung Haji

PEKTAPIHTASKATAM

Penginapan Ajwa

Lihat gambaran bilik penginapan yang ditunjukkan dalam brosur Pakej Haji 1448H / 2027M. Jarak ialah anggaran dari dataran atau kompleks yang dinyatakan.

Bilik contoh Makkah Tower bagi Pakej Haji Ajwa
Makkah · ±50 meter

MAKKAH TOWER

Dari dataran Masjidil Haram

Bilik contoh Elaf Taiba di Madinah
Madinah · ±80 meter

ELAF TAIBA

Dari dataran Masjid Nabawi

Bilik contoh Nusuk Al-Massrah di Aziziyah
Aziziyah · ±500 meter

NUSUK AL-MASSRAH

Dari dataran Kompleks Jamrat

TERMASUK

Haramain Speed Train

Perjalanan Makkah ke Madinah dengan tren laju Haramain termasuk dalam Pakej Haji Ajwa, tertakluk kepada susunan operasi dan jadual yang disahkan.

Ilustrasi tren laju Haramain

Perjalanan Haji bersama REHLAH

Ikuti aliran perjalanan jemaah dari tanah air ke Tanah Suci hingga kembali semula.

  1. 1

    Kompleks TH Sepang

    Taklimat akhir dan pengurusan jemaah sebelum berlepas.

  2. 2

    KLIA

    Penerbangan ke Arab Saudi mengikut jadual yang ditetapkan.

  3. 3

    Tiba di Jeddah

    Urusan ketibaan, imigresen dan perjalanan ke Makkah.

  4. 4

    Hotel Makkah

    Daftar masuk, rehat dan persediaan ibadah.

  5. 5

    Hotel Aziziyah

    Persediaan sebelum pergerakan ke kawasan Masya’ir.

  6. 6

    Hari Tarwiyah

    Pergerakan dan bermalam di Mina mengikut aturan Haji.

  7. 7

    Arafah

    Wukuf di Arafah, kemuncak ibadah Haji.

  8. 8

    Muzdalifah & Mina

    Mabit dan pelaksanaan amalan melontar jamrah.

  9. 9

    Aziziyah / Khemah Mina

    Sambungan amalan Masya’ir dan melontar tiga jamrah.

  10. 10

    Hotel Makkah

    Tawaf Ifadah, saie dan ibadah di Masjidil Haram.

  11. 11

    Hotel Madinah

    Ziarah serta ibadah di Masjid Nabawi.

  12. 12

    Madinah ke KLIA

    Urusan lapangan terbang dan penerbangan pulang.

Turutan, tarikh dan tempat persinggahan sebenar tertakluk kepada jadual penerbangan, ketetapan Tabung Haji dan operasi di Arab Saudi.

Pilihan bilik

Pilih jenis bilik yang sesuai. Harga berikut adalah untuk seorang jemaah.

🛏️ RIA 2 | BILIK BERDUARM73,990Seorang · Termasuk Bayaran Haji PJHTanya pilihan →
🛏️ RIA 3 | BILIK BERTIGARM65,990Seorang · Termasuk Bayaran Haji PJHTanya pilihan →
🛏️ RIA 4 | BILIK BEREMPATRM62,990Seorang · Termasuk Bayaran Haji PJHTanya pilihan →

Harga termasuk Bayaran Haji PJH 1448H / 2027M sebanyak RM23,398. Harga tertakluk kepada terma dan perubahan yang dinyatakan dalam pengumuman rasmi.

Keistimewaan & perkhidmatan

  • Penginapan di Makkah, Madinah dan Aziziyah mengikut pakej.
  • Pengurusan pengangkutan, bagasi dan ziarah.
  • Bimbingan ibadah, kursus Haji intensif dan ulang kaji manasik.
  • Tiga kali makan sehari secara bufet di Makkah dan Madinah seperti dalam brosur.
  • Perlindungan takaful perjalanan ibadah Haji.
  • Penyelarasan petugas dan operasi jemaah di lapangan.
  • Tren laju Haramain Makkah ke Madinah termasuk dalam pakej, tertakluk kepada aturan operasi.
  • Kelengkapan Haji dan cenderahati seperti bagasi, beg, payung, botol, pakaian, panduan Haji serta aksesori ibadah. Imej produk adalah ilustrasi.

Maklumat bayaran & terma

Deposit: Deposit bagi jemaah terpilih Panggilan Pertama (P1) ialah RM1,500, tertakluk kepada terma pendaftaran.

Bayaran Haji PJH: Bayaran Haji PJH yang akan didebitkan daripada akaun Tabung Haji jemaah PJH termasuk dalam harga pakej rasmi. Tabung Haji berhak mengenakan caj tambahan jika kos baharu atau tambahan diperkenalkan oleh pihak berkuasa di Arab Saudi.

Perubahan: Hotel, penerbangan, kadar mata wang, kekosongan bilik, tarikh dan pilihan jenis penerbangan tertakluk kepada ketetapan Tabung Haji, syarikat penerbangan serta keadaan operasi. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Pembatalan: Caj 5% sebelum jadual penerbangan dikeluarkan; 20% selepas jadual penerbangan dikeluarkan; 40% selepas jadual penerbangan dikeluarkan dan visa Haji diperuntukkan. Peratusan dikira daripada harga pakej selepas ditolak Bayaran Haji PJH, tertakluk kepada terma dan syarat pembatalan REHLAH International Travel & Tours Sdn Bhd.

Butiran penuh dan harga akhir hendaklah dirujuk pada brosur serta dokumen pendaftaran rasmi yang terkini.

Bersedia menerima panggilan Haji?

Berbincang dengan perunding REHLAH untuk memahami perbezaan pakej, pilihan bilik dan proses pendaftaran.

Tanya tentang Pakej Ajwa di WhatsApp

REHLAH Jiwa, Menuju Redha