Blog Rehlah

Catatan perjalanan, pengalaman unik, dan perkongsian tip kembara untuk memberi inspirasi kepada para pengembara.

Rukun Haji Keempat: Saie

Pengertian Saie:
Berjalan ulang alik tujuh kali di antara Bukit Safa dan Marwah (al-Kaf 2003)

Cara Melakukan Saie

Setelah selesai melakukan tawaf berserta sunat-sunatnya, disunatkan bagi yang berkemampuan untuk melakukan istilām al-Ḥajar al-Aswad (mengusap atau melambai ke arah Hajar Aswad). Seterusnya, disunatkan keluar dari kawasan tawaf melalui Bāb al-Safā (Pintu Ṣafā) untuk memulakan sa‘ie. Jemaah kemudian menuju ke arah Bukit Ṣafā, dan bagi lelaki, disunatkan menaiki bukit tersebut sehingga nampak bangunan Kaabah.

Disunatkan juga bagi lelaki untuk beriḍṭibā‘ (menyelimpangkan kain ihram di bawah ketiak kanan dan meletakkannya di atas bahu kiri) semasa memulakan sa‘ie ini. Apabila sampai di atas Bukit Ṣafā, disunatkan berniat sa‘ie haji dengan lafaz:

 

اللَّهُمَّ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أَسْعَى بَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَةِ سَبْعَةَ أَشْوَاطٍ سَعْيَ
الْعُمْرَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksud:
“Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku hendak mengerjakan sai’e antara Safa dan Marwah tujuh kali sebagai Sai’e umrah kerana Allah Taala.”

 

Kemudian, jemaah disunatkan untuk bertakbir dan bertahlil, sambil menghadap Kaabah dengan mengangkat kedua tangan, seraya menyebut:

 

اللّٰهُ أَكْبَرُ، اللّٰهُ أَكْبَرُ، اللّٰهُ أَكْبَرُ،
لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ،
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.
لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ، أَنْجَزَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ

 

Seterusnya berdoa dengan menadah tangan dengan apa-apa sahaja doa untuk kebaikan baginya dalam urusan agama dan keduniaan. Contohnya doa berikut:

 

اللّٰهُمَّ اجْعَلْهُ حَجًّا مَبْرُورًا، وَسَعْيًا مَشْكُورًا، وَذَنْبًا مَغْفُورًا، وَتِجَارَةً لَنْ تَبُورَ، اللّٰهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِنَا، وَآمِنْ رَوْعَاتِنَا، وَاحْفَظْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِينَا وَمِنْ خَلْفِنَا، وَعَنْ أَيْمَانِنَا وَعَنْ شَمَائِلِنَا، وَمِنْ فَوْقِنَا، وَنَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ نُغْتَالَ مِنْ تَحْتِنَا

 

Kemudiannya, jemaah menuruni Bukit Ṣafā dan berjalan menuju ke Bukit Marwah. Apabila jemaah lelaki sampai ke kawasan lampu hijau yang pertama, disunatkan baginya untuk berlari-lari anak (harwala) sehingga sampai ke lampu hijau yang kedua. Selepas melepasi lampu hijau kedua, jemaah kembali berjalan seperti biasa sehinggalah sampai ke Bukit Marwah. Dengan itu, jemaah telah menyempurnakan satu kali sa‘ie (iaitu dari Ṣafā ke Marwah dikira satu pusingan).

Di atas Bukit Marwah, jemaah melakukan perkara yang sama sebagaimana di Bukit Ṣafā, iaitu bertakbir, bertahlil, dan berdoa sambil menghadap ke arah kiblat. Bagi memudahkan arah kiblat, jemaah boleh melihat garisan petunjuk arah solat yang terdapat di atas lantai kawasan Bukit Marwah.

Setelah selesai, jemaah menuruni Bukit Marwah dan berjalan semula menuju ke Bukit Ṣafā untuk memulakan pusingan berikutnya, sehingga mencukupi tujuh kali perjalanan (berakhir di Marwah).

Dalil Wajib Saie

Sabda Nabi SAW:

اسْعَوْا فَإِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَيْكُمُ السَّعْيَ

Maksudnya:
Bersaielah kamu. Sesungguhnya Allah SWT mewajibkan kamu
bersaie (Riwayat Ibn Majah dan Ahmad).

 

Waktu Melakukan Saie Haji

  • Sa‘ie haji dilakukan selepas tawaf tertentu, iaitu:
    • Selepas tawaf qudum bagi jemaah haji ifrad dan qiran atau selepas tawaf ifadah bagi semua jenis haji.
  • Tiada waktu luput (had masa) bagi pelaksanaan sa‘ie haji. Ia boleh dilakukan bila-bila masa selepas tawaf yang sah.
  • Makruh bagi seseorang melewatkan pelaksanaan sa‘ie haji tanpa keuzuran sehingga masuk tahun hijrah berikutnya, kerana ia bertentangan dengan tuntutan menyegerakan ibadah.

Nak baca artikel lain?

Banyak lagi artikel menarik menanti anda!

REHLAH INTERNATIONAL TRAVEL & TOURS SDN BHD

No. Lesen: KPN/LN: 9703

Alamat:

No 17-2 Jalan 3/76D, Desa Pandan 55100 Kuala Lumpur (MY).

Contact:

+60 10-868 1889, +60 10-834 4798, +60 10-834 4799

Hak Cipta © 2018-2025 Rehlah International Travel & Tours Sdn Bhd