Pemilihan Pakej

Pakej Ajwa: Fullboard di Madinah dan Makkah
Pakej Sultan: Fullboard di Madinah dan Breakfastboard di Makkan

Mekah:
Pakej Sultan: Anggaran 50M dari Masjidil Haram. 3 minit berjalan kaki ke Masjidil Haram.
Pakej Ajwa: Anggaran 200M dari Masjidil Haram.

Madinah:
Pakej Ajwa & Sultan: Anggaran 200M dari Masjid Nabawi.

Setiap pakej kami menggunakan visa pelancong tetapi jemaah boleh memohon untuk menggunakan visa umrah dengan tambahan caj.
Hanya warganegara Malaysia sahaja akan menggunakan visa pelancong manakala warganegara asing perlu menggunakan visa umrah.

Tiada had umur.

UMUR PAKEJ AJWA PAKEJ SAFWAH
0-23 bulan RM 1,800++ RM 1,800++
24 bulan – 11 tahun 11 bulan Diskaun RM800 dari harga pakej
Diskaun
Tanpa Katil = RM800
Tanpa Makan = RM500
Diskaun
Tanpa Katil = RM800
Tanpa Makan = RM700

Dengan bas: 6 jam hingga 8 jam
Dengan keretapi laju: 2 jam

Harga yang ditawarkan dalam pakej adalah termasuk caj pengangkutan basi. Sekiranya jemaah ingin menaiki keretapi laju, caj tambahan akan dikenakan termasuk caj seorang petugas.

Kami boleh menyesuaikan pakej umrah mengikut permintaan jemaah sehingga 90 hari dengan visa umrah dan visa pelancong. Pakej terpanjang yang tersedia buat masa ini ialah Pakej Umrah Iktikaf Ramadan 22 hari.

Kami menyediakan pakej umrah berkumpulan dan pakej umrah persendirian.

Ya, harga pakej masih sama. Kos pengangkutan daripada Sabah dan Sarawak ke KLIA ditanggung oleh jemaah.

Boleh tetapi Business Class adalah tertakluk pada permintaan dan bergantung pada ketersediaan. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Sebelum / Semasa / Selepas Menunaikan Umrah

4 keping gambar passport berlatar belakang putih.
Passport masih belum luput tarikh sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh penerbangan.
Dokumen lengkap seperti yang tertera di dalam Borang Pendaftaran yang diberikan.

Tidak perlu, kerana Arab Saudi tidak mewajibkan lagi vaksin Covid-19 untuk menunaikan umrah.

Jemaah boleh membuat bayaran minimum deposit sebanyak RM500 sahaja.

Jemaah adalah digalakkan untuk mendapatkan suntikan vaksin (Meningococcal ACWY135) sebelum menunaikan umrah dan bagi jemaah yang menggunakan visa umrah, ianya adalah wajib. Namun begitu, suntikan vaksin tidak termasuk dalam pakej Umrah.

Jemaah perlu memuat turun aplikasi Nusuk untuk memohon permit menziarahi Raudhah dan slot tempahan umrah yang akan dibimbing oleh Mutawwif.

Bagi pasangan dengan bayi (0 – 23 bulan), anda disyorkan untuk memohon kerusi bassinet atau skycot. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut. Namun begitu, kerusi bassinet atau skycot adalah tertakluk pada permintaan dan bergantung pada ketersediaan.

Kursus umrah disediakan secara percuma untuk para jemaah umrah (khususnya dari Lembah Klang) dan akan dibimbing oleh Ustaz / Mutawwif yang berpengalaman yang akan membantu menjawab segala kemusykilan dan persoalan berkaitan ibadah umrah. Sekiranya jemaah menetap di luar Lembah Klang, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Bagi jemaah dengan penyakit berisiko, mereka perlu mendapatkan nasihat dan pemeriksaan penuh daripada doktor terlebih dahulu semasa merancang perjalanan dan perlu membawa laporan perubatan status kesihatan semasa bersama mereka sewaktu menunaikan umrah. Jemaah umrah juga perlu mendapatkan vaksin yang diperlukan seperti vaksin influenza dan meningokokus sekurang-kurangnya dua minggu sebelum umrah.

Selain itu, jemaah umrah digalakkan mendapatkan bekalan ubat yang mencukupi sepanjang tempoh umrah dan mengatur penyimpanan ubat yang betul untuk mengelakkan ubat-ubatan terdedah kepada cahaya matahari dan rosak disebabkan haba berlebihan.

Waktu luar puncak untuk umrah kebiasaannya pada permulaan musim umrah iaitu pada selepas musim Haji antara 1 Muharam sehingga pertengahan Zulkaedah (bergantung pada tahun hijrah dan perubahan semasa).

Jemaah boleh merujuk tentatif umum namun tentatif yang lengkap akan diberikan sebelum tarikh pelepasan (setelah ada pengesahan penerbangan).

Had bagi kumpulan umrah bagi satu rombongan ialah 30 – 40 orang, jika lebih kumpulan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan, 2 bas, 2 Mutawwif atau lebih bagi menjamin keselesaan jemaah.

Dalam tempoh 60 hari sebelum tarikh penerbangan.

Penerbangan yang digunakan kebiasaannya adalah Saudi Airlines dan Malaysia Airlines atau setaraf.

Pemulangan deposit atau bayaran adalah tertakluk kepada Akta Industri Pelancongan 1992.

Jemaah dinasihatkan untuk berada di lapangan terbang 4 jam sebelum perlepasan.

Bergantung kepada perbelanjaan setiap jemaah tetapi kebiasaannya amaun minimum yang dicadangkan adalah antara RM500 – RM1,000 dan jemaah boleh mengeluarkan wang di mesin ATM yang terdapat di Arab Saudi.

Anda boleh mengaktifkan perayauan antarabangsa (roaming) pembekal perkhidmatan sedia ada anda. Namun, harga sedikit mahal dan kadar caj tertakluk pada telco masing-masing. Kami mengesyorkan anda untuk membeli kad sim yang akan dimaklumkan oleh mutawwif atau petugas semasa di Arab Saudi dan kadar tambah nilai ini adalah tertakluk pada pakej telco.

Anda boleh melakukan umrah sebanyak mungkin. Umrah akan dilakukan sebanyak 3 kali jika anda menyertai pakej umrah berkumpulan dengan bimbingan Mutawwif.

Jemaah dibenarkan membawa pulang air zam-zam sekiranya menggunakan visa umrah. Namun, sekiranya jemaah menggunakan visa pelancong, ianya akan tertakluk kepada kerajaan Arab Saudi.