Blog Rehlah
Catatan perjalanan, pengalaman unik, dan perkongsian tip kembara untuk memberi inspirasi kepada para pengembara.
Pengertian Tawaf Wada’
‘Tawaf Selamat Tinggal’ wajib dilakukan bagi mereka yang hendak meninggalkan Makkah jarak 2 marhalah (91 kilometer) atau lebih.
Sesiapa yang sengaja meninggalkannya tanpa sebarang keuzuran adalah berdosa dan dikenakan Dam.
Bagi yang jatuh sakit juga diwajibkan walaupun terpaksa berusung atau pun berkenderaan, selagi tidak membahayakan nyawanya dan ia mampu membayar upahnya.
Lafaz Niat Tawaf Wada’
Lafaz niat Tawaf Wada adalah seperti berikut:
اللَّهُمَّ إِنِّي أُرِيْدُ طَوَافَ بَيْتِكَ الْحَرَامِ سَبْعَةَ أَشْوَاطٍ طَوَافَ الْوَدَاعِ فَيَسِّرْهُ لِي وَتَقَبَّلْهُ مِنِّي لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya:
Sahaja aku tawaf di Baitullah ini, tujuh pusingan kerana tawaf selamat tinggal, maka permudahkanlah pekerjaanku dan terimalah (amalanku) kerana Allah Ta‘ala.
Cara Melakukan Tawaf Wada
Segala syarat dan cara melakukannya adalah sama seperti Tawaf Rukun tetapi hukum niatnya adalah wajib. Selepas selesai tawaf disunatkan Solat Sunat Tawaf dua rakaat kemudian berdoa di belakang Multazam.
Lepas itu barulah keluar dan masjid dengan cara biasa dan tiada sayugia dengan berundur ke belakang.
Bermula di Hajar Aswad
Menghadap Hajar Aswad, niat tawaf wida’, ucapkan “Bismillah, Allahu Akbar”, lalu sentuh atau tunjuk ke arahnya.
Buat 7 pusingan mengelilingi Kaabah
Kaabah berada di sebelah kiri.
Setiap kali lalu Hajar Aswad, angkat tangan sambil bertakbir.
Perbanyakkan doa, zikir, istighfar sepanjang tawaf.
Selesai pusingan ke-7
Pergi ke belakang Maqam Ibrahim untuk solat sunat 2 rakaat.
Jika tidak sempat kerana sesak, boleh solat di mana-mana ruang dalam Masjidil Haram.
Berdoa di Multazam
Antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah.
Letakkan dada, tangan dan pipi sambil memohon doa (jika berpeluang).
Minum air Zamzam
Sunnah minum dengan niat kebaikan, kesihatan dan keberkatan.
Keluar dari Masjidil Haram
Keluar dengan tenang, tanpa perlu berundur.
Tawaf Wida’ mesti jadi amalan terakhir sebelum tinggalkan Mekah.
Terus tinggalkan Mekah
Tidak boleh lagi singgah lama atau membeli-belah.
Jika singgah selepas tawaf, maka tawaf itu batal dan perlu diulang.
Syarat Sah Tawaf Wada
Berikut adalah syarat sah bagi sesuatu Tawaf Wada yang dilakukan:
- Tidak boleh dilakukan kecuali setelah sempurna melakukan Tawaf Rukun (Rukun Umrah atau Rukun Haji).
- Hendaklah bersegera meninggalkan Makkah kecuali kerana perkara berkaitan solat atau perjalanan.
Hukum Tawaf Wada’
- Haji
Wajib dilakukan oleh semua jemaah haji sebelum meninggalkan Mekah.
Jika ditinggalkan tanpa uzur syar‘ie, wajib bayar dam (sembelih seekor kambing di Mekah).
Dikecualikan bagi wanita haid atau nifas – mereka tidak dikenakan dam.
- Umrah
Tidak wajib.
Hanya sunat dilakukan jika mahu meninggalkan Mekah selepas selesai umrah.
