SOALAN LAZIM

Pemilihan Pakej

Adakah pakej umrah ini termasuk makanan?
Pakej Ajwa: Fullboard di Madinah dan Makkah
Pakej Sultan: Fullboard di Madinah dan Breakfastboard di Makkah
Berapakah jarak perjalanan antara hotel dan masjid?
Mekah:
• Pakej Sultan: Anggaran 50M dari Masjidil Haram (±3 minit berjalan kaki)
• Pakej Ajwa: Anggaran 200M dari Masjidil Haram

Madinah:
• Pakej Ajwa & Sultan: Anggaran 200M dari Masjid Nabawi
Apakah visa yang digunakan oleh REHLAH?
Semua pakej menggunakan Visa Pelancong, tetapi jemaah boleh memohon Visa Umrah dengan caj tambahan.
• Warganegara Malaysia → Visa Pelancong
• Warganegara Asing → Visa Umrah
Berapakah had umur yang boleh pergi?
Tiada had umur.
Berapakah harga untuk pakej kanak-kanak dan bayi?
Umur Pakej Ajwa Pakej Sultan
0-23 bulan RM 1,800++ RM 1,800++
24 bulan - 11 tahun 11 bulan Diskaun RM800 dari harga pakej
Tanpa Katil = RM800
Tanpa Makan = RM500
Diskaun RM800 dari harga pakej
Tanpa Katil = RM800
Tanpa Makan = RM700
Apakah mod pengangkutan dari Makkah ke Madinah / Madinah ke Makkah?
Bas: 6 – 8 jam
Keretapi Laju: 2 jam

Harga pakej termasuk pengangkutan bas. Jika pilih keretapi laju, caj tambahan akan dikenakan termasuk caj petugas.
Adakah terdapat pakej umrah yang melebihi 16 hari?
Ya, boleh disesuaikan sehingga 90 hari (Visa Umrah & Pelancong).
Pakej terpanjang sekarang ialah Pakej Umrah Iktikaf Ramadan 22 hari.
Selain pakej umrah berkumpulan, adakah pakej persendirian turut disediakan?
Ya, kami menyediakan pakej berkumpulan dan pakej persendirian.
Jika dari Sabah dan Sarawak, adakah harga pakej masih sama?
Ya, harga pakej sama. Kos pengangkutan dari Sabah & Sarawak ke KLIA ditanggung oleh jemaah.
Bolehkah jemaah menaik taraf ke penerbangan Business Class?
Boleh, tetapi tertakluk pada permintaan & ketersediaan. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Sebelum / Semasa / Selepas Menunaikan Umrah

Apakah tindakan & dokumen yang diperlukan untuk menunaikan umrah sekarang?
4 keping gambar passport berlatar belakang putih.
Passport masih belum luput sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh penerbangan.
• Dokumen lengkap seperti di dalam Borang Pendaftaran.
Adakah perlu vaksin Covid-19 untuk menunaikan umrah?
Tidak perlu, kerana Arab Saudi tidak lagi mewajibkan vaksin Covid-19 untuk menunaikan umrah.
Berapakah bayaran deposit yang perlu jemaah bayar?
Jemaah boleh membuat bayaran minimum deposit sebanyak RM500 sahaja.
Adakan suntikan vaksin diperlukan sebelum menunaikan umrah?
Jemaah digalakkan mendapatkan suntikan vaksin Meningococcal ACWY135 (wajib untuk visa umrah).
Suntikan vaksin tidak termasuk dalam pakej Umrah.
Aplikasi apa yang diperlukan sepanjang keberadaan di Saudi?
Jemaah perlu memuat turun aplikasi Nusuk untuk permit Raudhah & slot tempahan umrah. Mutawwif akan membimbing penggunaannya.
Bagaimanakah aturan tempat duduk dalam penerbangan untuk pasangan dengan bayi?
Disyorkan memohon kerusi bassinet / skycot untuk bayi (0 - 23 bulan).
Tertakluk pada permintaan & ketersediaan.
Adakah kursus umrah akan disediakan untuk para jemaah?
Ya, kursus umrah percuma untuk jemaah (terutama dari Lembah Klang) dibimbing oleh Ustaz/Mutawwif berpengalaman.
Jemaah luar Lembah Klang boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Bolehkah saya menunaikan umrah ketika sakit?
Jemaah dengan penyakit berisiko perlu dapatkan nasihat & laporan doktor sebelum berangkat.
Perlu ambil vaksin seperti influenza & meningokokus sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum berangkat.
Digalakkan bawa bekalan ubat mencukupi & simpan dengan baik.
Bilakan masa terbaik (waktu luar puncak) untuk menunaikan umrah?
Kebiasaannya selepas musim Haji (1 Muharam hingga pertengahan Zulkaedah) dan bergantung pada tahun hijrah serta perubahan masa.
Bolehkah jemaah mendapatkan tentatif perjalanan pakej?
Tentatif umum boleh dirujuk. Tentatif lengkap diberi selepas pengesahan penerbangan.
Berapakah had bagi kumpulan umrah?
30 - 40 orang setiap rombongan. Jika lebih, kumpulan akan dibahagikan kepada 2 bas & 2 Mutawwif atau lebih.
Berapakah tempoh masa minimum yang diperlukan untuk penyerahan dokumen?
Dokumen perlu diserahkan dalam tempoh 60 hari sebelum tarikh penerbangan.
Apakah penerbangan yang digunakan oleh REHLAH?
Kebiasaannya menggunakan Saudi Airlines & Malaysia Airlines atau setaraf.
Bagaimana jika jemaah membatalkan tempahan?
Pemulangan deposit atau bayaran adalah tertakluk kepada Akta Industri Pelancongan 1992.
Polisi Pembatalan
Berapa awal perlu saya berada di lapangan terbang sebelum perlepasan?
Jemaah dinasihatkan berada di lapangan terbang 4 jam sebelum perlepasan.
Adakah saya perlu membawa wang tunai ke Makkah / Madinah?
Disyorkan bawa RM500 - RM1,000 sebagai perbelanjaan minimum.
ATM tersedia di Arab Saudi untuk pengeluaran tunai.
Adakah saya perlu membeli SIM kad tempatan ketika berada di Arab Saudi?
Boleh aktifkan roaming telco sedia ada (mahal).
Disyorkan beli SIM kad tempatan (maklumat akan diberi Mutawwif/petugas).
Berapa kali saya boleh menunaikan umrah?
Tiada had. Dalam pakej berkumpulan, biasanya 3 kali umrah dibimbing Mutawwif.
Adakah air zam-zam dibekalkan kepada setiap jemaah untuk dibawa pulang?
Jika menggunakan Visa Umrah → dibenarkan.
Jika menggunakan Visa Pelancong → tertakluk kepada peraturan kerajaan Arab Saudi.

Perlukan Bantuan?

Jadikan perjalanan impian anda
satu kenyataan. Hubungi kami untuk maklumat lanjut dan tawaran terbaik.

Rakan Strategik Kami

REHLAH INTERNATIONAL TRAVEL & TOURS SDN BHD merupakan rakan strategik bagi mengendalikan perkhidmatan umrah kepada ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (ANGKASA)

Partner 1
Partner 2
Partner 3
Partner 4
Partner 5
Partner 6
Partner 7
Partner 8
Partner 9
Partner 10
Partner 11
Partner 12
REHLAH INTERNATIONAL TRAVEL & TOURS

No. Lesen: KPN/LN: 9703

Alamat:

No 17-2 Jalan 3/76D, Desa Pandan 55100 Kuala Lumpur (MY).

Contact:

+60 10-868 1889, +60 10-834 4798, +60 10-834 4799

Hak Cipta © 2025 Rehlah International Travel & Tours Sdn Bhd